Sunday 11 February 2018

KWSP umum dividen 2017, 6.9 peratus, agihan pendapatan RM44.15 bil

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen 6.9 peratus bagi Simpanan Konvensional 2017, dengan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak RM44.15 bilion.

Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman gembira dengan prestasi keseluruhan 2017 yang juga merupakan tahun terpenting buat KWSP memandangkan badan itu kini menguruskan dua skim simpanan dan mengisytiharkan dua kadar dividen.

Simpanan Syariah menunjukkan prestasi kukuh bagi pengisytiharan dividen yang pertama, mencatat 6.4 peratus dengan agihan dividen RM3.98 bilion.

“Ini membuktikan prestasi aset Syariah KWSP yang mapan, seterusnya memberikan berita baik kepada ahli kami yang telah bertukar kepada Simpanan Syariah.




 “Untuk Simpanan Konvensional, kadar 6.9 peratus merupakan kadar tertinggi yang pernah diumum semenjak 1997,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Secara keseluruhannya, jumlah agihan dividen adalah RM48.13 bilion, naik 29.8 peratus berbanding tahun 2016.

Sementara itu, pendapatan pelaburan kasar untuk 2017 adalah RM53.14 bilion, jumlah tertinggi sejak penubuhan KWSP pada 1951.

Daripada jumlah tersebut, RM4.6 bilion diatribusi kepada Simpanan Syariah mengikut bahagiannya daripada jumlah keseluruhan aset Syariah, manakala selebihnya kepada Simpanan Konvensional.


 


“Sememangnya akan terdapat perbezaan pulangan Simpanan Syariah berbanding Simpanan Konvensional dalam jangka pendek.

“Walau bagaimanapun, dalam jangka masa panjang, prestasi kedua-dua skim ini dijangka tidak akan jauh berbeza memandangkan kedua-duanya mempunyai objektif dan strategi pelaburan yang sama,” jelasnya.

Pengkreditan Dividen 2017 akan dilaksanakan pada Ahad, 11 Februari 2018 dan pencarum boleh mendapatkan maklumat terkini melalui laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau aplikasi mudah alih i-Akaun.

Dalam pada itu, ahli KWSP yang ingin beralih ke Simpanan Syariah 2019 disaran mendaftar sebelum 24 Disember 2018.


Tag: KWSP, dividen, Simpanan Konvensional, Simpanan Syariah, tertinggi sejak 1997


Sumber: Astro Awani


***Dah semak ke dividen KWSP anda. Semak la cepat untuk ketahui jumlah dividen tahun 2017. Saya dah semak secara online. Alhamdulillah***



Duit Asyik Tak Cukup.... Atau Hanya Sekadar "Cukup-Cukup" Je Bila Sampai Hujung Bulan? Simpanan Pula Langsung Takde!

Adakah Anda Mahu Tahu, Bagaimana Cara Berjimat & Simpan Duit Hingga RM1,000 Sebulan? Mari Saya Tunjukkan Anda Bagaimana Untuk Melakukannya...


Sekarang ini memang kita mesti berjimat-cermat...

123 Tips Mudah Berjimat Cermat TAHUN 2018 ini Yang Mampu Membantu Anda Dalam Mengawal Kewangan Anda Dengan Lebih Berkesan!

Klik banner di atas atau di bawah ini...




No comments:

Post a Comment

Free advertising

Ebook Panduan Coklatwrapper

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Anda